Ulang Tahun Si Bujang Yang Ke 60 Tahun!

Assalamualaikum Diucapkan Kepada Semua Para Pembaca Setia Blog Kita Boleh..! Tidak Lupa Juga, Kepada Para Pembaca Yang Baru Saja Singgah Dan Kunjungi Ke Blog Kita Boleh..! Selamat Datang, Selamat Bertandang Saya Ucapkan Yer.. 😊😊😉😉👍🏻👍🏻👌🏻👌🏻👌🏻

Sebelum Saya Melanjutkan.. Seperti Biasanya Dan Kelazimannya.. Saya Ingin Sekali Bertanya Khabar Berita Anda Semua Disana.. Apa Khabar?? Sihatkah?? Diharapkan Semoga Semuanya Berada Dalam Keadaan Yang Sihat Sejahtera Yer.. Bagi Yang Kurang Sihat Tu, Jangan Lupa Untuk Makan Obat Dan Berehat Secukupnya Wokeyyy?? Saya Doakan Disini Moga Anda Cepat Sembuh Hendaknya.. Syafakallah Buat Kaum Adam, Dan Syafakillah Buat Kaum Hawa.. Baiklah, Dalam Entri Terkini Blog Saya, Saya Sungguh Terpanggil Untuk Berkongsi Disini Mengenai 👉🏻👉🏻👉🏻👉🏻👉🏻 Ulang Tahun Si Bujang Yang Ke 60 Tahun! Hmmmm.. Sudah Pasti Ramai Yang Tergaru-garu Kepala, Terpinga-pinga, Tercengang Termangu Sejenak! Iyerlah Manakan Tidak, Sebab Bunyi Kedengarannya Seperti Tidak Menarik.. Atau Mungkin Menjadi Tanda-Tanya, Tertanya-tanya! Siapakah Gerangan Si Bujang 60 Tahun Ini?? Tak Kurang Juga Yang Berkata "Yek Elehhhh.. Apa Ni?? Macam Tak Menarik Aje!" HuHu.. Sabar.. Sabar! Bawa Bertenang Dulu Saudara-Saudari Sekalian.. Saya Ingin Anda Baca Terlebih Dahulu Sehingga Habis, Barulah Anda Buat Penilaian Boleh?? Janji??
😊😊😊😊😊😉😉😉😉😉😉

Ini Bujang Bukan Sebarang Bujang! Ini Bujang Disebut-sebut, Menjadi Sebutan Sehingga Ke Hari Ini Dan Saat Ini!! Dan Bukan Ada Satu Bujang, Tapi Tiga Sekaligus! Fuh! Dasyat Bebenar! Ketiga-tiganya Menyambut Ulang Tahun Yang Sama.. Yakni 60 Tahun.. Bagaimana?? Ada Yang Dapat Meneka?? Si Bujang Yang Saya Maksudkan Adalah Ajis, Sudin Dan Ramli! Lakonan Hebat Dan Mantap Dari Allahyarham Tan Sri. P. Ramlee, S. Samsudin Dan Datuk Aziz Sattar.. Dari Filem Bujang Lapok, Hinggalah Ke Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok.. Biarpun Tajuk Filemnya Mengandungi Perkataan Lapok, Namun Sehingga Kini Masih Lagi Segar Diingatan.. Tetap Tak Lapok Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas! Dialog-Dialognya, Watak Mereka Serta Gelagat Mereka Masing-Masing.. Perghhhhh! Terbaiklah!

Masih Ingat Lagi Dengan Lagu Bujang Lapok?? "Pok Pok Pokkkkk.. Bujang Lapokkkk.. Ada Mancis Tak Ada Rokok.." Kemudian Antara Dialog Termasyhur Yang Masih Lagi Terngiang-ngiang Di Telinga, Dan Teringat-ingat Adalah Seperti Berikut 👉🏻👉🏻👉🏻👉🏻👉🏻
"Ish Ish Ish.. Cobaan.. Hai Mambang Tanah! Mambang Angin!"
"Hai Cik Salmah, Kopi Aje?" Sementara Pelakon Perempuan Cilik Yang Bernama Sri Rahayu, Anak Kepada Seniman S. Sudarmaji Pula Yang Dimana Pada Ketika Itu, Baru Berusia Lima Tahun Aje! Beliau Langsung Tidak Pandai Membaca Skrip, Beliau Diajar Oleh Ayahnya Cara-Cara Untuk Berlakon..
Watak Yang Dilakonkan Semestinya Ayu.. Watak Ayu Yang Sering Meminta 20 Sen, Masih Lagi Diingati Sehingga Ke Saat Ini.. Itulah Keistimewaan Daya Tarikan Tersendiri Yang Terdapat Pada Para Pelakon Filem-Filem Lama, Filem-Filem Legenda! Yang Mampu Menarik Minat Para Penonton Semua Peringkat Usia! Semua Generasi Dari Yang Kecil, Sehinggalah Ke Dewasa.. Dasyat Bukan??

Disini Saya Kongsi Serba Sedikit Informasi Yang Dipetik Dari Tukilan Akhbar BH (Berita Harian) Baru-Baru Ini Tulisan UKHTI AMINAH.. Sila Teruskan Membaca Yer Wahai Cinta Hati Saya Sekalian..
Terima Kasih!! 😊😊😉😉👍🏻👍🏻👌🏻👌🏻👌🏻

Filem Ini Mula Ditayangkan Di Panggung Rex, Singapura Pada 30 November 1957. Tahun Ini, Genap Bujang Lapok Berusia 60 Tahun. Filem Terbitan 1957 Itu Diikuti Dengan Pendekar Bujang Lapok (1959) Dan Seniman Bujang Lapok (1961)

Walaupun Ketiga-tiga Pelakon Utama Bujang Lapok Sudah Meninggalkan Kita, Generasi Hari Ini Masih Meminati, Bahkan Berulang Kali Menonton Filem-Filem Itu Sama Ada Yang Disiarkan Di Kaca Televisyen Atau Di YouTube. Baru-Baru Ini, Dua Badan Malaysia, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Dan Kelab Filem Dan Muzik Melayu Klasik (KFMMK) Telah Mengadakan Acara Memperingati Filem Bujang Lapok Dengan Mengadakan Forum Yang Mengupas Serta Mengkaji Di Sebalik Dialog Dan Pembikinan Filem Tersebut Di Kuala Lumpur.

Oklah.. Sampai Disini Aje Dahulu Sajian Blog Kita Boleh..! Yang Dapat Saya Sajikan Serta Kongsikan Dengan Anda Semua.. Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan Kepada Anda Semua, Kerana Sudi Meluangkan Masa Untuk Kunjungi Blog Saya Dan Membacanya Sehingga Ke Penghujung Entri Blog Saya Ni Hahhhhh.. Gituuuuu.. HaHa!
😜😜😜😛😛😛😝😝😝

Sebelum Saya Berlalu Melabuhkan Tirai, Saya Tinggalkan Anda Semua Beberapa Gambar Bujang Lapok Yang Saya Petik Dari Internet.. Akhir Kata 👉🏻👉🏻👉🏻👉🏻👉🏻
Jaga Diri, Jaga Hati, Jaga Kesihatan Wokeyyy!
Semoga Ceria Sentiasa.. Sehingga Kita Bersua Lagi Dilain Kesempatan Mendatang Dengan Entri Blog Saya Yang Seterusnya Yer InShaaAllah.. Bye Semua!
😊😊😊😊
Ikhlas -------->
Mass Factorz a.k.a Mas
#KitaBoleh
#Blog
#UlangTahunSiBujangYangKe60Tahun
#YeaaaaH
#Alhamdulilah





Comments

Popular posts from this blog

Ana Lisa Episod 14..

Rancangan Di Balik Tawa Saluran Astro Warna.. Terbaik! 😢😢😢😢😭😭😭😭

Alhamdulilah.. Pertama Kali Saya Berlakon Dalam MTV Parodi Tak Tun Tuang..