Posts

Showing posts from 2013

Alhamdulilah Atas Segalanya Ya Allah.. Alhamdulilah.. :-)

Asalamualaikum pembuka kata, Hi apa khabar semua pembaca Blog! Hmmmm.. Rasanya dah lama juga saya tak berkongsi apa apa perkembangan di Blog ya?? Hehe.. Alhamdulilah.. Dikesempatan ini, saya ingin sekali berkongsi mengenai beberapa perkembangan terkini saya.. Saya rasa tahun 2013 ini, memang merupakan tahun yang boleh saya katakan, memberikan pengalaman yang sungguh indah dan bererti bagi saya! Kenangan yang sangat sangat manis, sejak salah satu video lakonan saya menjadi viral, alhamdulilah, selain saya semakin dikenali  nampaknya saya semakin mendapat banyak kejayaan! Saya amat bersyukur alhamdulilah.. Kejayaan dari segi sana sini mempromosikan Video Youtube saya, dan sebagainya.. Subahan allah! Ya Allah.. Saya benar benar rasa terharu, bercampur gembira, dan teruja! Di antaranya adalah, baru baru ini salah satu Blog dari malaysia add saya di Fb, kemudian keesokan harinya, beliau inbox a.k.a PM saya! Dipendekkan cerita, beliau kemudian mewawancara saya secara Eksklusif! Masya alla

Aku nak lelaki yang beruwang ok! :-D

Asalamualaikum pembuka kata, hello apa khabar semua pembaca blog?? wow! seriusly saya benar2x tak sangka.. Sejak kebelakangan ini, kecoh! gempak! meletup2x kejap beberapa video saya, yang saya rakamkan dan muat naik ke Youtube! Terutama sekali, video lakonan saya yang bertajuk - Cuba berlakonlah pula! Haha! Ramai yang memberikan jolokan atau panggilan terhadap video tersebut - Aku nak lelaki yang beruwang ok! Video saya itu dengan sepantas kilat tersebar luas bukan setakat di Fb singapura malah sampai ke seberang tambak!! Ya benar, sampai ke page2x Fb di malaysia, blog, etc.. Wow! bermacam2x komen, maklumbalas yang saya terima ada yang positif, ada banyak juga yang negatif.. ada yang memberikan maklum balas berbaur kutukan, cacian dan penghinaan.. fuh! pendek kata, semasa mula2x sekali saya mendapat berita sebegini terus terang saya katakan, hati saya terguris, pedih, dan sangat2x marah serta kecewa! tetapi apabila ramai kawan2x Fb saya memberikan kata2x semangat, perangsang

Alhamdulilah.. Akhirnya karya saya dlm bentuk sajak terpilih dan disiarkan di akhbar BM (Berita Minggu) Ahad 31/03/2013..

Image
Asalamualaikum pembuka kata.. Hai ~ semua teman2 Blogger! Apa khabar semua?? Rindulah kat anda semua.. Hmmm.. Rasanya dah lama juga saya tidak mencoretkan sebarang perkembangan terkini disini kan?? He3.. Oklah, disini dgn penuh rasa syukur, dgn penuh rasa sukacitanya saya ingin berkongsi dgn anda semua mengenai perkembangan terkini saya! Seperti yg anda semua sedia maklum, saya ni mmg gemar menulis pada masa lapang, juga apabila saya mendapat idea atau ilham.. Pada bln februari yg lalu, saya cuba menghantarkan beberapa hasil karya penulisan saya dlm bentuk sajak, melalui emel kpd pihak BM (Berita Minggu) Saya ttp tidak berpts asa! Dgn penuh semangat, setiap minggu pada hari ahad, apabila my luvly dad tidak bekerja dan beli suratkhabar BM.. Saya tak pernah ketinggalan utk membaca bahagian Karya.. Utk tgk, sama ada karya saya terpilih ataupun tidak.. Huhu.. Tetapi semalam my luvly dad kena kerja.. Petang gitu baru my luvly dad balik, so tak sempat saya baca.. Mlmnya saya tidur mcm biasa,

Ana Lisa Episod 18.. (Episod Terakhir)

Image
Dua tahun kemudian.. Masa berlalu begitu pantas, masa tidak mengenal erti simpati.. Sekali ia melangkah, ia tetap akan terus melangkah.. Hidup ini tak ubah, seperti roda.. Adakalanya di atas, adakalanya di bawah.. Tak ubah juga seperti air laut, sudah pasti ada pasang surutnya.. Begitu juga dengan ana.. Jika di imbas kembali, dua tahun yang lalu, jatuhnya pada malam hari ulangtahun ana yang ke dua puluh sembilan tahun, merupakan satu tragedi dan memori pahit yang tak akan dapat dilupakan buat selama2nya.. Satu kemalangan jalan raya menimpa ana..! Sebuah kereta melanggar ana secara tidak sengaja.. Ianya berlaku atas sebab kecuaian dan kelalaian ana..! Ana hilang fokus..! Selepas disebabkan perasaan marah dan kecewa yang terlampau terhadap lisa.. Ana langsung tidak menghiraukan keselamatan.. Lampu trafik yang masih lagi berwarna merah tidak dipedulikan..! Ana berlari sekuat hati..! Dan akhirnya, hingga menyebabkan satu kemalangan yang dasyat..! Ana di bawa ke wad A&E.. Ana mengala

Ana Lisa Episod 17..

Image
Hujan turun dengan lebatnya.. Entah apakah petanda.. Mungkinkah kerana ia berduka?? Atau pun mungkin kerana ia murka..! Ana basah kuyup bermandi hujan..! Ana berlari sekuat hati..! Cepat2 ana mencari tempat berteduh.. Tempat yang mampu memberikan ana perlindungan, dari terus di basahi hujan.. Ana duduk sejenak, ana menggigil kesejukan..! Ana melihat cincin emas putih yang tersarung di jari manisnya, cincin pemberian lisa siang tadi, sewaktu mereka berdua di marina barrage.. Cincin lambang cinta, kasih dan sayang lisa terhadap ana..! Biarpun ana sedar, bahawasanya perhubungan serta cinta mereka terlarang.. Dan sudah pasti akan mendapat kejian dan berbagai2 kata negatif dari mata yang memandang.. Namun ana tetap dengan keputusannya.. Ana tetap memekakkan telinga, membutakan mata..! Bagi ana, ini adalah hidupnya.. Ana dan lisa tetap bersatu..! Salah di mata orang yang tak mengerti, tapi tetap benar di mata mereka berdua.. Ana mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar, ana langs

Ana Lisa Episod 16..

Image
Keadaan menjadi semakin tegang..! Semakin huru hara..! Ana bersikap kasar terhadap mummy..! Pak cik ishak yang berada di situ, cuba mendamaikan keadaan.. Pak cik ishak - "Sudahlah tu.. Sayang, ana, dahlah.. Tak mahu gaduh2..! Ana, tak baik bercakap kasar, dan meninggi suara pada mummy.. Mummy kan ibu kandung ana.. Tak boleh ke ana cakap baik2 dengan mummy?? Kalau dengan pak cik, tak apa.. Pak cik tak kisah ana, pak cik faham.. Tapi tolonglah, pak cik merayu, bukan dengan mummy ok?? Sekarang ni, ana minta maaf ya nak?? Minta maaf dengan mummy.." Mummy menangis teresak2.. Ana - "Yer eleh.. Orang tua ni..! Banyak bunyi ar..! Hei pak cik..! Please lah eh, you not my daddy..! Sedarlah diri tu sikit..! Berbual macam faham aje.. Boleh telanlah dengan nasihat kau tu..! Dia ni, mummy aku.. Suka hati akulah..! It's none of your business lah bodoh..!" PAAANG..! Mummy menampar ana dengan kuatnya.. Mummy - "Kurang ajar..! Siapa ajar ana untuk jadi kurang ajar

Ana Lisa Episod 15..

Image
Pukul 6:30 petang.. Ana pulang dengan girang hati..! Apakan tidak, hari ini adalah hari istimewa ana.. Birthday girl di layan macam puteri..! Lisa mengajak ana ke sana ke sini, makan, minum semuanya di tanggung beres..! Di tangan ana, penuh dengan barang2 beli belah..! Dengan senyuman, dengan nada yang ceria, ana mengucapkan salam.. Ana - "Asalamualaikum mummy..!" Mummy dan pak cik ishak sedang duduk di sofa, di bahagian ruang tamu.. Mummy menjawab salam ana dengan nada perlahan.. Mummy - "Walaikumsalam.." Ana kemudian duduk di sebelah mummy.. Seperti biasanya, pak cik ishak di anggap seperti tunggul..! Seolah tak wujud di mata.. Pak cik ishak - "Ana, ana tentu haus kan?? Biar pak cik ambilkan air ya??" Ana - "Tak payah..! Saya tak hauslah pak cik.. Untuk pengetahuan pak cik, saya dah minum air, dan saya juga dah makan.. Kawan saya belanja.. Faham??" Mummy - "Siapa kawan ana tu?? Boleh mummy tahu??" Ana - "Kawan pere

Ana Lisa Episod 14..

Image
Gagang telefon terlepas dari tangan fiza.. Fiza jatuh terduduk..! Perasaan hampa, kecewa, dan marah, segalanya bercampur baur menjadi satu..! Airmata jatuh membasahi pipi.. Fiza - "Ya Allah..!! Kenapalah sampai jadi macam ni..!! Ya Allah, sungguh dugaanmu amat berat ya allah.. Amat berat..!!" Fiza meratap.. Situasi ini, membuatkan fiza tertekan..! Ishak dari kamarnya, berlari bagai lipas kudung..! Sebaik saja dia mendengar ratapan fiza.. Ishak - "Astarghfirullahalazim..! Ya Allah, kenapa ni sayang??! Apa yang dah jadi ni.. Hah??" Ishak duduk di bawah, bersebelahan fiza.. Ishak mengurut2 kedua2 bahu fiza.. Ishak cuba menenangkan fiza.. Fiza - "Ana bang.. Ana.." Suaranya sayu.. Airmatanya merembes laju.. Ana - "Ana?? Kenapa dengan ana??! Sayang, tolong jangan buat abang panik..!" Fiza - "Ana, ahh.. Ana.." Suaranya tersekat2.. Ishak cuba menenangkan fiza.. Ishak - "Sayang, istighfar banyak2.. Cuba sayang bawa banyak2 ber

Ana Lisa Episod 13..

Image
Di antara menu wajib yang tidak terkecuali dalam masakan fiza pada hari ini adalah sambal ikan..! Ya, sambal ikan.. Fiza jarang sekali memasak sambal ikan, cuma sekali sekala dan pada hari2 tertentu saja.. Memandangkan hari ini adalah merupakan hari ulangtahun ana, fiza bertungkus lumus di dapur..! Peluh yang membasahi tubuh, sedikitpun tidak terasa..! Nampaknya ishak pun tidak ketinggalan, ishak pulang awal pada hari ini, dengan membawa sebiji kek cokelat khas untuk ana..! Kek tersebut di simpan ke dalam peti sejuk.. "KRINGGGGGG..!" Bunyi telefon berdering.. Entah siapakah gerangan yang menghubungi.. Fiza yang berada di dapur, segera bergegas menuju ke ruang tamu untuk menjawab panggilan.. Fiza - "Hello.." Fiza tercungap2..! Seolah2 macam baru habis jogging..! Shila - "Asalamualaikum aunty.. Aunty sekeluarga apa khabar?? Maaf aunty, shila mengganggu ke??" Fiza - "Walaikumsalam.. Ha.. Ha.. Ahhhh.. Aunty sekeluarga sihat alhamdulilah, terima k

Ana Lisa Episod 12..

Image
Ana - "Apa??! Awak dah hilang akal ke??!" Terkejut besar ana di buatnya, setelah mendengar pengakuan ikhlas, yang keluar dari mulut lisa..! Lisa - "I swear ana..! I swear..! Demi Allah saya sangat menyintai dan menyayangi awak..! Saya serius ana.. Saya tak tipu..! Dan saya juga dapat merasakan, yang awak pun sebenarnya menyimpan hasrat dan perasaan yang sama.. Betul kan ana?? Betul kan?" Ana - "Awak.. Awak jangan nak merepeklah..!" Lisa - "Ana, awak tak perlu cuba nak sembunyikan dari saya.. Naluri saya kuat mengatakan, yang sebenarnya awak juga ada hati dan perasaan kat saya.. Awak pun sayang dan cintakan saya..! Cuma awak segan.. Awak segan dan kekok untuk berterus terang.. Betul tak??!" Ana kebingungan.. Ana berpaling wajah dari lisa.. Lisa - "Ana.. Ana, pandang mata saya.. Pandang mata saya ana..! Mengaku ajelah, yang awak sememangnya ada hati kat saya.. Jangan jadi hipokrit ana..!" Ana memandang wajah lisa, ana merenung t

Ana Lisa Episod 11..

Image
Setiap kali ana mempunyai masalah, tertekan, ada sesuatu yang ingin di luahkan.. Lisalah tempat ana mengadu.. Lisalah yang ana cari.. Begitu juga dengan lisa.. Dan pada hari ini, ada satu kejutan buat ana..! Ini kerana, hari ini merupakan hari istimewa ana.. Hari ini merupakan hari ulangtahun ana..! Genaplah sudah, usia ana yang ke 29 tahun..! Lisa membawa ana bersiar2.. Ronda2 ke sana sini..! Ana rasa sangat gembira.. Hmmmm.. Makan sudah, beli belah pun sudah, semuanya di tanggung beres oleh lisa..! Kini lisa bawa ana ke satu tempat.. Tempat yang suasananya agak tenang, dan lebih santai.. Tempat yang di maksudkan adalah, marina barrage.. Sekitar pukul 2:30 petang.. Cuaca pada hari ini sungguh cerah..! Sang mentari sungguh gah..! Seakan turut menyambut hari ulangtahun ana.. He3.. Ana dan lisa duduk di salah satu bangku yang berada di situ.. Masing2 tersenyum.. Ana - "Lisa, saya betul2 nak ucapkan terima kasih kat awak, di atas segalanya.. Saya tak akan lupa, segala jasa bai

Ana Lisa Episod 10..

Image
Beberapa bulan kemudian.. Perhubungan antara ana dan lisa, menjadi semakin mesra.. Semakin akrab..! Perhubungan di antara mereka berdua, boleh di kategorikan dan di ibaratkan seperti merpati dua sejoli..! Setiap kali bersua, ke sana ke mari, ke hulu ke hilir, pasti bersama.. Setiap kali apabila ana keluar bersama dengan lisa.. Wang saku ana pasti selamat..! Tak terkopak pun walau sesen..! Ini kerana, segala perbelanjaan lisa yang tanggung.. Lisa pula memang bukan seorang yang bersikap tangkai jering..! Jadi, padanlah ana tidak mengeluarkan wang sakunya.. Ana dan lisa mempunyai nasib yang sama, cuma perjalanan hidup sahaja yang berbeza.. Jika sejarah hidup ana, penuh dengan titik hitam yang di lakarkan oleh seorang lelaki yang bernama ayah tiri, lisa pula mempunyai sejarah hidup yang pahit..! Sungguh pahit..! Sehinggakan ke saat ini, usianya sudahpun menjangkau 34 tahun.. Tapi masih tetap hidup membujang..! Dahulunya, lisa seperti gadis lain.. Mempunyai teman lelaki, dan saling menci

Ana Lisa Episod 9..

Image
Alangkah terkejutnya ishak, sebaik saja mendengar nama norman, yang di lafazkan dari bibir fiza..! Ishak seperti tidak percaya.. Fiza terserempak dengan norman?? Mantan suami fiza..! Fiza tersedu sedan.. Fiza tidak tahu, bagaimana ingin di jelaskan.. Fiza - "Sebenarnya bang.. Saya langsung tak tegur dia.. Sumpah demi Allah..! Tetapi sebaliknya pula..! Uhuk3! Terus terang saya katakan bang, uhuk3! uhuk3!" Fiza mengurut dadanya perlahan.. Fiza - "Pada mulanya, saya kurang pasti, bahawasanya itu adalah norman..! Saya macam tak percaya gitu bang..!" Ishak - "Maksud sayang??" Fiza - "Keadaannya dah tak sama seperti dulu.. Dirinya seperti tidak terurus.. Seperti orang yang tak tentu arah..! Memang saya betul2 terkejut bang, bila melihat keadaannya.. Saya simpati.." Ishak - "Hmmmm.. Haiizzz.. Masya allah.." Ishak menggeleng2 kepala.. Fiza - "Uhuk3! Ya bang.. Begitulah keadaan norman.. Pada mulanya, saya cuba mengabaikan tegu

Ana Lisa Episod 8..

Image
Hampir pukul 12 tengah malam.. Fiza masih belum tidur lagi.. Semenjak dua tiga hari ni, fiza rasa tak sihat.. Demam dan batok fiza menjadi2.. Puas sudah ishak ingin mengajak fiza ke klinik.. Tapi fiza tetap tidak mahu.. Fiza duduk di atas sofa di bahagian ruang tamu, sejak tadi fiza asyik termenung.. Entah apa yang di menungkan.. Seolah2 ada yang menganggu fikiran..! Ishak yang baru saja pulang ke rumah, turut menyedari yang bahawasanya, seperti ada sesuatu yang di sembunyikan oleh fiza.. Sehinggakan kepulangan ishak, langsung tidak di hiraukan..! Tidak di nafikan, ishak sememangnya letih.. Letih dengan tugas sehariannya sebagai seorang pemandu teksi.. Namun semua itu di ketepikan.. Sebaliknya keprihatinan dan perhatian menjadi keutamaan pada ketika ini.. Ishak mengucapkan salam pada fiza, fiza tidak menjawab.. Ishak menggeleng2kan kepala sambil mengeluh.. Lantas ishak duduk di sebelah fiza.. Perlahan ishak memegang bahu kiri fiza.. Barulah fiza sedar.. Fiza mamai seketika.. Fiza -

Ana Lisa Episod 7..

Image
"Hi lisa.. Busy ke?? By the way, this is me ana.. Make up salesgirl.." Begitulah khidmat pesanan ringkas atau SMS yang di taipkan dan kemudian di kirimkan kepada lisa.. Lisa yang sedang khusyu menghadap komputer riba (Laptop) Terus saja mengalihkan tumpuan ke telefon bimbitnya.. Sejurus saja lisa menerima dan membaca mesej tersebut, hati lisa serta merta melonjak gembira..! Masing2 berbalas mesej.. Mesej terakhir lisa kepada ana adalah - "Ana.. Nanti hari jumaat ni, saya ambil awak ok?? Saya nak ajak awak makan tengah hari dengan saya.. Don't worry, saya belanja.." Dengan pantas ana menjawab - "Ok" 2 Hari Kemudian.. Sepertimana yang di rencanakan, hari ini adalah merupakan pertemuan antara ana dan lisa.. Kerana memandangkan hari ini kedua2nya mempunyai masa kelapangan.. Pada hari ini, ana tidak bertugas.. Sementara lisa pula, tidak sibuk dengan perniagaan On-Line nya.. Sekitar pukul 12:30 tengah hari, lisa hadir dengan keretanya tak jauh dari kaw

Ana Lisa Episod 6..

Image
Setelah selesai tugas, ana pulang ke rumah seperti biasanya.. Semasa ana pulang ke rumah, mummy sedang berada di bahagian ruang tamu.. Sedang duduk di sofa sambil menonton tv.. Nampaknya, peristiwa pada pagi tadi masih terbawa2.. Ana melangkahkan kaki masuk ke rumah dengan raut wajah yang masam mencuka..! Tiada senyuman pun yang terukir di bibir.. Mummy tetap menegur sapa ana, sambil melemparkan senyuman.. Pandangan mummy serta merta beralih kepada ana.. Mummy - "Ana.. Banyak orang tadi nak?? Ana dah makan?? Kalau belum, ana makanlah ya.. Mummy dah masak.. Hari ini, mummy masak special tau.. Lauk kegemaran ana..! Sambal ikan.." Ana - "Tak apalah mummy.. Terima kasih.. Ana tak ada seleralah nak makan.. Lagipun petang tadi ana dah makan.." Mummy - "Ana.. Kenapa ni?? Ana masih marah kat mummy lagi ke?? Mummy betul2 minta maaf pasal pagi tadi.. Sebenarnya, mummy.." Ana - "Dahlah mummy.. Tak payahlah nak cakap lagi pasal hal pagi tadi.. Cukuplah.

Ana Lisa Episod 5..

Image
Betapa bengkak hati ana.. Apakan tidak, kena penampar percuma dari mummy..! Seperti biasanya, ana meneruskan langkah perjalanannya menuju ke stesen MRT yang berdekatan dengan kawasan perumahannya.. Untuk menuju ke tempat tugas.. Setibanya di tempat tugas, ana meneruskan tugasnya seperti biasa.. Ana bekerja sebagai seorang jurujual produk kosmetik di salah sebuah pusat membeli belah.. Bermacam2 reaksi orang yang berada di pusat membeli belah.. Ada yang sekadar ingin mencuci mata, atau 'Window Shopping'.. Ada pula, yang benar2 'Kaki Shopping..!' Yang pasti ana tetap tersenyum, sabar, dan mesra melayan setiap dari mereka yang berada di tempat tugasnya.. Begitulah lazimnya sikap yang perlu ada dalam diri setiap jurujual..! Salah seorang 'Kaki Shopping' yang hadir ke kedai kosmetik di mana ana bekerja, adalah seorang wanita yang penuh bergaya, elegan, dan cantik..! Dengan kasut tumit tinggi, pakaian yang sungguh kemas dan rapi, serta beg berjenama berwarna hitam.

Ana Lisa Episod 4..

Image
Ana seperti biasanya, pasti akan mengucapkan salam, selamat pagi, dan mencium tangan serta kedua belah pipi mummy tercinta..! Tapi hanya pada mummy, tidak pada pak cik ishak.. Mummy mempelawa ana untuk bersarapan sama.. Tapi pelawaan mummy nampaknya di tolak..! Ana menyatakan yang beliau tidak ada selera untuk bersarapan pada pagi ini.. Pak cik ishak dengan nada suara yang lembut, penuh sopan, turut mempelawa ana.. Ishak - "Ana, marilah sarapan sekali ya.. Tak elok tau ana biarkan perut ana kosong.. Tak bagus un tuk kesihatan.. Sarapan pagi ni penting.." Belum sempat lagi pak cik ishak meneruskan perbualan.. Ana langsung mengherdik pak cik ishak..  Ana - "Hei pak cik..! Pak cik tak payahlah nak menyibuk, susah2 pasal saya.. Saya bukannya budak2 ok??! Umur saya dah 28 tahun.. Dan ohh seperkara lagi saya nak ingatkan pak cik.. Tolong masukkan dalam kepala otak pak cik tu baik2..!! Pak cik bukannya daddy saya.. Daddy saya dah lama meninggal..! Jadi, jangan nak berlaga

Ana Lisa Episod 3..

Image
Ishak - "Hari ini sayang ingat tak berapa hari bulan??" Fiza - "Hmmmm.. Entah.. Tak ingat pula saya.. Kenapa??" Ishak - "Yer eleh.. Tak ingat ke, atau pura2 tak ingat??" Begitulah kemesraan yang terjalin, antara sepasang suami isteri.. Ya.. Sepasang suami isteri.. Fiza tidak serik untuk mencintai dan dicintai.. Apatah lagi, berumahtangga.. Sebab itu, hari ini genaplah sudah ulangtahun perkahwinan mereka berdua yang ke dua tahun..! Namun kemesraan itu, tidak pula dirasakan ana..! Bagi ana, susah untuk mempercayai lelaki.. Lagi2, lelaki yang bernama ayah tiri..! Ana memang anti lelaki..! Biarpun sikap ayah tiri baru ana jauh berbeza dengan sikap ayah tiri ana yang lalu, yakni norman.. Tapi ana tetap tidak suka..! Sebelah mata pun ana tak boleh pandang..! Ana baru saja selesai berdandan di kamarnya secara ringkas.. 'Eyeliner' warna hitam di kelopak mata, dan 'Lip Gloss' warna merah jambu terang, di oleskan di bibir.. Sedikit semburan m

Ana Lisa Episod 2..

Image
Ana menatap wajah arwah daddy tersayang, di sekeping gambar.. Sambil menangis teresak2.. Sambil meluahkan segala yang terbuku di kalbu.. Ana - "Daddy.. Ana rindu daddy.. Ana tak pernah lupakan daddy walau sehari.. Ana tak pernah lupa bacakan Al-Fatihah untuk daddy.. Daddy.. Ana sentiasa berdoa, moga2 roh daddy di cucuri rahmat dan aman di sana ya.." Airmata membasahi pipi.. Ana - "Daddy.. Kenapa daddy tinggalkan ana?? Tinggalkan mummy?? Daddy tahu tak, selepas daddy tak ada, hidup ana menderita..! Jiwa ana terseksa..! Tiba2 hadir pula seorang insan bertopengkan Syaitan ..! Dia ragut satu2nya mahkota ana.. Dia hancurkan dan musnahkan kehidupan ana..!! Masadepan ana..!! 7 tahun daddy, 7 tahun ana tanggung seorang diri..!! Ana di ugut oleh jantan keparat tu, untuk berdiam diri.. Untuk tutup mulut..!!! 7 tahun ana di paksa.. 7 tahun ana menjadi hamba seks untuk dia..!!!" Ana mengesat airmatanya.. Ana - "Hmmph..! Biarpun jantan tu dah terima hukuman.. Tapi