Ana Lisa Episod 6..

Setelah selesai tugas, ana pulang ke rumah seperti biasanya.. Semasa ana pulang ke rumah, mummy sedang berada di bahagian ruang tamu.. Sedang duduk di sofa sambil menonton tv.. Nampaknya, peristiwa pada pagi tadi masih terbawa2.. Ana melangkahkan kaki masuk ke rumah dengan raut wajah yang masam mencuka..! Tiada senyuman pun yang terukir di bibir.. Mummy tetap menegur sapa ana, sambil melemparkan senyuman.. Pandangan mummy serta merta beralih kepada ana..

Mummy - "Ana.. Banyak orang tadi nak?? Ana dah makan?? Kalau belum, ana makanlah ya.. Mummy dah masak.. Hari ini, mummy masak special tau.. Lauk kegemaran ana..! Sambal ikan.."

Ana - "Tak apalah mummy.. Terima kasih.. Ana tak ada seleralah nak makan.. Lagipun petang tadi ana dah makan.."

Mummy - "Ana.. Kenapa ni?? Ana masih marah kat mummy lagi ke?? Mummy betul2 minta maaf pasal pagi tadi.. Sebenarnya, mummy.."

Ana - "Dahlah mummy.. Tak payahlah nak cakap lagi pasal hal pagi tadi.. Cukuplah.. Ana sekarang ni penat sangat2, ana nak rehat.. Ok?? Asalamualaikum.."

Mummy - "Walaikumsalam.."

Ana terus berjalan menuju ke kamarnya.. Hampa hati mummy bila mendengarkan kata2 ana.. Rasa bersalah semakin menghimpit di jiwa..

Bisik hati mummy - "Haiizz.. Ya ALLAH..! Maafkanlah hambamu ini.. Tiada niat pun di hati kecil ini, untuk menyakiti hati anak ku.. Dialah satu2nya anak kesayanganku..! Sesungguhnya, hanya kau yang lebih mengetahui segalanya.."

Di kamar, ana memeluk erat bantal gulingnya.. Ana merembeskan airmata.. Perasaan kecewa terus menyelinap di dalam jiwa..!

Di dalam hati ana berkata - "Kenapa mesti aku terima semua ni?? Kenapa??! Kenapa orang tak pernah faham isi hati aku.. Kenapa susah sangat orang nak fahami aku??! Apa salah aku??!!" Bentak hatinya..

Ternyata trouma yang pernah dihadapinya sukar untuk di hapuskan.. Biar pun masa berlalu, dan usia ana kini sudahpun 28 tahun.. Namun peristiwa serta sejarah hitam pada masa silamnya tetap segar di ingatan..! Sehingga mencetuskan satu komplikasi dan menjejas emosi..! Tiba2 ana teringat dan terbayang wajah lisa.. Perbualan antara ana dan lisa sekitar beberapa jam yang lepas.. Di tempat ana bertugas..

Ana - "Apa ni??"

Lisa - "This is my name card, kalau awak free, bolehlah awak calling2, atau mesej saya ok?? Actually saya ni memang peramah orangnya.. Suka berkawan..! So saya harap, awak tak keberatan ya??"

Ana - "Hmmmm.. Ok2 sure..! Saya pun kebetulan memang senang berkawan.. Tambahkan kenalan.. Lagi2 kawan perempuan.. Sebab kaum sejenis lebih memahami berbanding dengan lelaki..! Oh anyway kenalkan, nama saya ana.. Salam perkenalan..!"

Lisa - "Ohh.. Ok.. Ana.. Wow..! What a nice name..! Secantik orangnya juga.. He3.. Oklah.. I got to go now, thanks for your time.. Oh anyway, seriusly im super like with the lip gloss..! Rasa macam tertarik dengan warnanya.. Tak sabar nak try..! Hmmmm.. Maybe esok i will gonna try..!"

Ana - "He3.. Awak ni.. Ada2 ajelah.. Your welcome lisa, it's my pleasure.. Jumpa lagi ya.. Take care and have a nice day..!"

Ana tersenyum sendiri bila mengenangkan saat itu.. Tanpa berlengah, ana langsung mengesat airmatanya, lalu mengambil kad nama atau name card dari kocek seluarnya, kemudian mengambil telefon bimbitnya, menggerakkan jari jemarinya ke butang telefon bimbit..! Bersambung..  

Comments

Popular posts from this blog

Ana Lisa Episod 14..

Rancangan Di Balik Tawa Saluran Astro Warna.. Terbaik! 😢😢😢😢😭😭😭😭

Alhamdulilah.. Pertama Kali Saya Berlakon Dalam MTV Parodi Tak Tun Tuang..