Ana Lisa Episod 12..

Ana - "Apa??! Awak dah hilang akal ke??!" Terkejut besar ana di buatnya, setelah mendengar pengakuan ikhlas, yang keluar dari mulut lisa..!

Lisa - "I swear ana..! I swear..! Demi Allah saya sangat menyintai dan menyayangi awak..! Saya serius ana.. Saya tak tipu..! Dan saya juga dapat merasakan, yang awak pun sebenarnya menyimpan hasrat dan perasaan yang sama.. Betul kan ana?? Betul kan?"

Ana - "Awak.. Awak jangan nak merepeklah..!"

Lisa - "Ana, awak tak perlu cuba nak sembunyikan dari saya.. Naluri saya kuat mengatakan, yang sebenarnya awak juga ada hati dan perasaan kat saya.. Awak pun sayang dan cintakan saya..! Cuma awak segan.. Awak segan dan kekok untuk berterus terang.. Betul tak??!" Ana kebingungan.. Ana berpaling wajah dari lisa..

Lisa - "Ana.. Ana, pandang mata saya.. Pandang mata saya ana..! Mengaku ajelah, yang awak sememangnya ada hati kat saya.. Jangan jadi hipokrit ana..!" Ana memandang wajah lisa, ana merenung tajam ke dasar matanya.. Bergenang airmatanya..

Ana - "Lisa, sebenarnya.. Sebenarnya.. Ya..! Memang saya pun cinta dan sayangkan awak lisa..! Saya tidak menyangkal apa yang awak katakan tadi.. Semuanya benar..! Cuma.."

Lisa - "Kan..! Saya dah agak ana.. Saya dapat merasakannya.. Awak tak boleh sembunyikan dari saya ana..  Sepertimana saya mencintai dan menyayangi awak, saya yakin, awak pun turut mencintai dan menyayangi saya.."

Ana - "Tapi masalahnya.."

Lisa - "Tak ada masalah pun ana.. Ya, saya tahu kita sama2 perempuan.. Jantina kita sama.. Tapi apa salahnya?? Jangan sesekali ambil peduli suara2 yang berkata, mata yang memandang..! The important is, kita berdua bahagia.. Jangan benarkan, sesiapa pun merampas kebahagiaan kita..! Jangan ana..! Mereka hanya tahu bercakap.. Menilai dengan hanya melihat..! Tapi mereka tak akan pernah fahami, hati dan perasaan kita.. Kenapa?? Kerana mereka tak rasa, apa yang kita rasa.. Ana, saya janji saya tak akan kecewakan awak.. Percayalah..!" Ana sudah mengerutkan dahi.. Keliru..! Ana kemudian menangis.. Perlahan2 ana melentokkan kepalanya ke bahu kiri lisa..

Tanpa pengetahuan mereka berdua, tanpa di sedari, rupa2nya sejak tadi mereka di perhatikan oleh seseorang..! Orang yang dimaksudkan adalah shila..! Shila merupakan sepupu kepada ana.. Shila mula merasa sangsi.. Mula merasa curiga..! Shila mengsyaki seperti ada sesuatu yang tak kena.. Shila yang sedang bersama dengan beberapa orang kawannya di marina barrage, pada mulanya seperti tidak percaya, dan kurang pasti dengan apa yang beliau lihat..! "Adakah benar, yang sedang duduk berduaan, mesra semacam itu adalah ana?? Sepupu aku??!" Bisik hatinya.. Shila yang berada tidak begitu jauh dari tempat duduk ana dan lisa.. Asyik memerhatikan.. "Memang sah..! Itu memang ana..! Ya Allah.. Astarghfirullahalazim..!" Kini ada sesuatu yang berlegar di fikiran shila, hanya satu.. "Perlukah aku menghubungi aunty fiza untuk beritahu apa yang aku lihat??" Bersambung..    

Comments

Popular posts from this blog

Ana Lisa Episod 14..

Rancangan Di Balik Tawa Saluran Astro Warna.. Terbaik! 😢😢😢😢😭😭😭😭

Alhamdulilah.. Pertama Kali Saya Berlakon Dalam MTV Parodi Tak Tun Tuang..