Ana Lisa Episod 17..

Hujan turun dengan lebatnya.. Entah apakah petanda.. Mungkinkah kerana ia berduka?? Atau pun mungkin kerana ia murka..! Ana basah kuyup bermandi hujan..! Ana berlari sekuat hati..! Cepat2 ana mencari tempat berteduh.. Tempat yang mampu memberikan ana perlindungan, dari terus di basahi hujan.. Ana duduk sejenak, ana menggigil kesejukan..! Ana melihat cincin emas putih yang tersarung di jari manisnya, cincin pemberian lisa siang tadi, sewaktu mereka berdua di marina barrage.. Cincin lambang cinta, kasih dan sayang lisa terhadap ana..! Biarpun ana sedar, bahawasanya perhubungan serta cinta mereka terlarang.. Dan sudah pasti akan mendapat kejian dan berbagai2 kata negatif dari mata yang memandang..

Namun ana tetap dengan keputusannya.. Ana tetap memekakkan telinga, membutakan mata..! Bagi ana, ini adalah hidupnya.. Ana dan lisa tetap bersatu..! Salah di mata orang yang tak mengerti, tapi tetap benar di mata mereka berdua.. Ana mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar, ana langsung menghubungi lisa.. Beberapa kali cuba di hubungi, tetapi tiada jawapan.. Ana cuba menghantarkan mesej..

"Hi lisa, awak tengah buat apa tu?? Busy ke?? Saya call awak banyak kali, tapi awak tak jawab.. If u received this message, please call me back ok?? Urgent..!" 15 minit kemudian, lisa menghubungi ana kembali..

Lisa - "Hello ana, sorry tadi saya tengah mandi.. That's why i can't answer your call.. By the way, what happen ana??" Ana menangis..

Ana - "Lisa..! Please help me lisa..! Mummy saya dah tahu pasal kita..! Mummy saya nak kita putus, tapi saya tak mahu..! Saya dah keluar daripada rumah neraka jahanam tu..!"

Lisa - "What??! Serius ke ana??! Tapi, macam mana mummy awak tahu pasal hubungan kita?? Did you tell your mum about this??"

Ana - "Tak adalah lisa..! Awak dah gila..! Mummy saya cakap, ada seseorang bagitahu dia, ada orang nampak kita berdua kat marina barrage siang tadi..! Tapi saya tetap percaya, bukan orang lainlah, confirm ayah tiri saya punya kerja..! Dasar kaypo..!"

Lisa - "Oh my god..! So sekarang awak kat mana??"

Ana - "Saya kat luarlah sekarang ni.. Lisa, i really need your help.. Lisa, awak kata awak cinta dan sayangkan saya kan?? Kalau awak betul2 cinta dan sayangkan saya, saya nak minta tolong.. Saya ingat, saya nak tumpang tinggal rumah awak untuk beberapa hari ni, boleh kan lisa??" Lisa tergamam seketika.. Lisa menggaru2 kepala..!

Lisa - "Errrrr.. Errrr.. Macam mana saya nak explain eh.. Hmmmm.."

Ana - "Ya Allah..! Nak explain apa lagi lisa.. Senang aje, you just need to answer yes or no.. Can or cannot..! That's all..! Apa yang susah sangat..!"

Lisa - "Tsk..! Bukan tak boleh ana, but the problem is, my parents.. Petang tadi my parents dah balik from overseas..! So for your info, saya tak biasa tumpangkan kawan2 saya kat rumah, kalau parents saya ada.. Im really2 sorry ana.. I hope, u understand ok??"

Ana - "Hah?? Parents awak dah balik from overseas?? Awak cakap dengan saya, parents awak jarang balik kan?? Macam mana pula.."

Lisa - "Yes ana, memang betul my parents jarang balik.. But seriusly saya pun terkejut..! When saya balik tadi, tahu2 my parents dah ada kat rumah..! When i ask them, kenapa tak call saya dulu, they said dia orang sengaja nak kasi surprise..! Oh my god.. What the hell seh..!"

Ana - "Ahhhhh..! Semua tu alasan..! Yang pastinya, sekarang saya dah tahu lisa.. Saya dah tahu..! Segala kata cinta dan sayang awak siang tadi di marina barrage, semuanya tipu..! Awak memang penipu lisa..! Penipu..!! I hate you lisa..!! I hate you lisa..!!!" Talian segera di putuskan.. Ana rasa, hati dan perasaannya seolah diperolokkan..! Hujan masih belum berhenti.. Dengan perasaan hampa, marah dan kecewa.. Ana membuang sebentuk cincin emas putih yang terlekat di jari manisnya.. Kemudian ana meraung..
"AARGHHHHH..!!"

Ana kemudian berlari dengan sekuat hati, entah ke mana hala tuju.. Ana tidak menyedari, bahawa lampu trafik masih lagi berwarna merah..! Masih belum sampai waktu untuk pejalan kaki melintasi jalan..! Ana seolah menempa bahaya..! Dan tiba2.. BAAAM..!! Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Ana Lisa Episod 14..

Rancangan Di Balik Tawa Saluran Astro Warna.. Terbaik! 😢😢😢😢😭😭😭😭

Alhamdulilah.. Pertama Kali Saya Berlakon Dalam MTV Parodi Tak Tun Tuang..