Ana Lisa Episod 13..

Di antara menu wajib yang tidak terkecuali dalam masakan fiza pada hari ini adalah sambal ikan..! Ya, sambal ikan.. Fiza jarang sekali memasak sambal ikan, cuma sekali sekala dan pada hari2 tertentu saja.. Memandangkan hari ini adalah merupakan hari ulangtahun ana, fiza bertungkus lumus di dapur..! Peluh yang membasahi tubuh, sedikitpun tidak terasa..! Nampaknya ishak pun tidak ketinggalan, ishak pulang awal pada hari ini, dengan membawa sebiji kek cokelat khas untuk ana..! Kek tersebut di simpan ke dalam peti sejuk..
"KRINGGGGGG..!" Bunyi telefon berdering.. Entah siapakah gerangan yang menghubungi.. Fiza yang berada di dapur, segera bergegas menuju ke ruang tamu untuk menjawab panggilan..

Fiza - "Hello.." Fiza tercungap2..! Seolah2 macam baru habis jogging..!

Shila - "Asalamualaikum aunty.. Aunty sekeluarga apa khabar?? Maaf aunty, shila mengganggu ke??"

Fiza - "Walaikumsalam.. Ha.. Ha.. Ahhhh.. Aunty sekeluarga sihat alhamdulilah, terima kasih.. Shila pula macam mana?? Sihat?? Keluarga semua sihat?? Hmmm.. Shila rupanya.. Tak adalah, tak mengganggu pun.. Aunty ingatkan, siapa tadi.. Mimpi apa shila telefon aunty ni??"

Shila - "Syukurlah aunty.. Shila sekeluarga pun baik2 aje aunty.. Sebelum apa2, shila nak tahu dulu, kenapa suara aunty macam tu?? Ialah, maksud shila, macam kena kejar anjing.. He3! Aunty ok tak?? Aunty tak apa2??" Shila sempat berjenaka dengan aunty shila..

Fiza - "Ohhh.. Maaflah banyak2 shila, aunty sebenarnya tengah memasak ni hah..! Hari inikan, hari ulangtahun ana.. Tapi bila aunty dengar bunyi telefon, itu yang cepat2 aunty matikan sekejap api dapur tu, sebab nak jawab panggilan.."

Shila - "Ohhhh.. Kisahnya.. Sebenarnya aunty, shila.. Errrr.." Shila merasa serba salah.. Berat hati rasanya untuk memberitahu apa yang terjadi..!

Fiza - "Kenapa ni shila?? Apa sebenarnya yang shila ingin beritahu pada aunty ni?? Janganlah buat aunty risau.."

Shila - "Errrr.. Tsk..! Entahlah aunty, shila pun tak tahu, macam mana nak mulakan.."

Fiza - "Ya Allah shila.. Kenapa ni?? Apa yang terjadi sebenarnya?? Bunyinya macam serius aje.. Tolonglah.. Jangan buat aunty macam ni.. Ok, cuba shila beritahu pada aunty satu persatu.. Perlahan2 ok.. Tak mahu kelam kabut.."

Shila - "Ok2.. Fuh..! Bismillahirahmanirahim..! Baiklah aunty.. Sebelum itu, shila harap, selepas aunty dengar apa yang shila sampaikan ni.. Aunty tolong bawa banyak2 bersabar ya.. Sebenarnya, shila ni bukannya kaypo ke apa.. Tidak terlintas pun di fikiran atau di hati shila, untuk masuk campur urusan peribadi aunty sekeluarga.. Tapi apa yang shila ingin sampaikan, adalah sebab shila mengambil berat, dan atas rasa tanggungjawab.. Semasa shila dengan beberapa kawan shila di marina barrage tadi, shila ternampak ana.."

Fiza - "Ohhh.. Jadi ana kat marina barragelah tadi ya?? Dia seorang ke, atau dengan kawan perempuan??"

Shila - "Dengan kawan perempuan aunty.."

Fiza - "Ana memang ada bagi tahu kat aunty, yang dia nak keluar sekejap, jalan2 dengan kawan perempuan.."

Shila - "Dia ada cakap tak, siapa nama kawan perempuan dia??"

Fiza - "Hmmmm.. Tak pula.. Cuma setahu aunty, ana ni memang ramai kawan perempuan, berbanding kawan lelaki.. Jadi, aunty pun tak kisah.. Aunty berikan kepercayaan penuh pada dia.."

Shila - "Aunty, seeloknya aunty harus lebih peka dan berhati2 dengan kawan2 ana.. Aunty harus tahu, dengan siapa dia berkawan.. Sebab tak semua orang baik, dan tak semua orang jahat.. Ialah, walau pun ana tu ada ramai kawan perempuan, tak bererti aunty boleh biarkan macam tu aje..!"

Fiza - "Apa maksud shila ni?? Aunty tak faham.."

Shila - "Baiklah, shila akan jelaskan.. Shila nampak, ana dengan perempuan tu bukan main mesra lagi aunty.. Mesra semacam..!"

Fiza - "Apa??! Shila, shila jangan main2 tau.. Perkara macam ni, bukan boleh di buat main2 ok..! Jangan2, shila salah orang tak?? Mungkin shila salah pandang agaknya.."

Shila - "Tidak aunty.. Shila tak main2, shila tak salah orang, dan shila tak salah pandang..! Memang sah, apa yang shila nampak adalah ana.. Ana dengan seorang perempuan, bukan main mesra lagi.. Dah macam matair..!" Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Ana Lisa Episod 14..

Rancangan Di Balik Tawa Saluran Astro Warna.. Terbaik! 😢😢😢😢😭😭😭😭

Alhamdulilah.. Pertama Kali Saya Berlakon Dalam MTV Parodi Tak Tun Tuang..