Ana Lisa Episod 5..

Betapa bengkak hati ana.. Apakan tidak, kena penampar percuma dari mummy..! Seperti biasanya, ana meneruskan langkah perjalanannya menuju ke stesen MRT yang berdekatan dengan kawasan perumahannya.. Untuk menuju ke tempat tugas.. Setibanya di tempat tugas, ana meneruskan tugasnya seperti biasa.. Ana bekerja sebagai seorang jurujual produk kosmetik di salah sebuah pusat membeli belah.. Bermacam2 reaksi orang yang berada di pusat membeli belah.. Ada yang sekadar ingin mencuci mata, atau 'Window Shopping'.. Ada pula, yang benar2 'Kaki Shopping..!' Yang pasti ana tetap tersenyum, sabar, dan mesra melayan setiap dari mereka yang berada di tempat tugasnya..

Begitulah lazimnya sikap yang perlu ada dalam diri setiap jurujual..! Salah seorang 'Kaki Shopping' yang hadir ke kedai kosmetik di mana ana bekerja, adalah seorang wanita yang penuh bergaya, elegan, dan cantik..! Dengan kasut tumit tinggi, pakaian yang sungguh kemas dan rapi, serta beg berjenama berwarna hitam.. Ana menghampiri wanita tersebut..

Ana - "Yes miss, can i help you??" Wanita itu merenung lembut wajah ana, kemudian bertanya..

Lisa - "Errmm.. Excuse me, can u speak malay?? Sorry for asking.."

Ana - "Ya boleh.."

Lisa - "Oh my god.. Great..! Senang sikit berbual.." Jawabnya selamba..

Ana merasa agak hairan dan terkejut mendengarkan jawapan wanita tersebut.. Yang lebih menghairankan adalah, dari raut wajah wanita tersebut, langsung tak menampakkan seperti orang melayu.. Sebaliknya seperti seorang yang berdarah kacukan..!

Ana - "Jadi cik ni boleh cakap melayu rupanya?? Ya ALLAH.. Sikit pun saya tak sangka..! Muka cik tak menampakkan yang cik ni boleh berbahasa melayu.."

Lisa - "He3.. *Ketawa Kecil* Surprise right?? Actually ramai juga orang yang tak percaya.. Bila tengok dari muka, memanglah tak nampak langsung macam saya ni boleh bercakap melayu..! Tapi bila dah start berbual, hah..! Terkejut satu2..! For your info, im mix.. Ibu saya orang melayu, ayah saya pula orang barat.. Cuma kalau dengan kawan2 melayu, saya lebih senang berkomunikasi dalam bahasa melayu campuran macam ni.. Alaa, senang cakap bahasa rojaklah.. He3..! And oh ya seperkara lagi, please don't call me cik ok?? Panggil aje lisa.."

Ana - "Ohh i see.. Ok2.. Tapi cik lisa.."

Lisa - "Please.. Kalau dengan orang lain, u can call cik, puan ni semua ok?? Tapi kalau dengan saya just call lisa ok??"

Ana - "Hmmmm.. Baiklah cik.. Oppss..! Sorry2.. Maksud saya lisa.."

Begitu rancak dan mesra sekali perbualan di antara mereka berdua.. Macam dah kenal lama..! Sejurus saja lisa membeli beberapa kosmetik, sebelum beredar dari tempat itu, lisa sempat menghulurkan sekeping kad nama atau name card pada ana..! Ana mengambil kad tersebut lalu menyimpannya di dalam kocek seluar.. Dari tadi lisa asyik tersenyum.. Perasaan gembira dalam hati lisa hanya ALLAH saja yang tahu.. Semasa berada dalam lif, untuk menuju ke B1 (Basement 1) Hati lisa berkata - "Hmmmm.. Cantik betul perempuan tadi.. Peramah dan lemah lembut pula tu.. Suka aku tengok..! Nama pun molek..! Ana.. Dia ana, aku lisa.. Kalau digabungkan, jadi ana lisa..! He3.." Bersambung..    


Comments

Popular posts from this blog

Ana Lisa Episod 14..

Rancangan Di Balik Tawa Saluran Astro Warna.. Terbaik! 😢😢😢😢😭😭😭😭

Alhamdulilah.. Pertama Kali Saya Berlakon Dalam MTV Parodi Tak Tun Tuang..