Ana Lisa Episod 7..

"Hi lisa.. Busy ke?? By the way, this is me ana.. Make up salesgirl.." Begitulah khidmat pesanan ringkas atau SMS yang di taipkan dan kemudian di kirimkan kepada lisa.. Lisa yang sedang khusyu menghadap komputer riba (Laptop) Terus saja mengalihkan tumpuan ke telefon bimbitnya.. Sejurus saja lisa menerima dan membaca mesej tersebut, hati lisa serta merta melonjak gembira..! Masing2 berbalas mesej.. Mesej terakhir lisa kepada ana adalah - "Ana.. Nanti hari jumaat ni, saya ambil awak ok?? Saya nak ajak awak makan tengah hari dengan saya.. Don't worry, saya belanja.."
Dengan pantas ana menjawab - "Ok"

2 Hari Kemudian..
Sepertimana yang di rencanakan, hari ini adalah merupakan pertemuan antara ana dan lisa.. Kerana memandangkan hari ini kedua2nya mempunyai masa kelapangan.. Pada hari ini, ana tidak bertugas.. Sementara lisa pula, tidak sibuk dengan perniagaan On-Line nya.. Sekitar pukul 12:30 tengah hari, lisa hadir dengan keretanya tak jauh dari kawasan rumah ana.. Ana ada memberitahu mummy awal2 lagi, mengenai janji temu pada hari ini.. Mummy tidak keberatan.. Pak cik ishak pula sentiasa bersikap prihatin dan bertanggung jawab terhadap ana.. Biarpun pak cik ishak sedar, bahawa api kemarahan, dendam, serta kebencian di hati ana masih belum terpadam..! Namun pak cik ishak tetap tidak berputus asa.. Setiap kali pertanyaan pak cik ishak, mendapat jawapan yang menghampakan dan menyinggung perasaan.. Di antaranya adalah, biarpun pak cik ishak merupakan seorang pemandu teksi, dan seringkali mempelawa ana untuk menaiki teksinya untuk menghantar ana ke tempat tugas, ana tetap enggan menaikinya..! Ana tetap tolak bulat2 pelawaan pak cik ishak..! Sindiran, serta kata2 pedas acapkali terungkap di bibir ana..! Naik berbulu telinga pak cik ishak.. Berdesing telinganya..! Namun semua itu terpaksa di telan.. Seolah sudah terbiasa.. Berulangkali mummy memberi teguran dan nasihat, tapi malangnya ana tetap keras hati.. Sedikitpun ana tidak ambil peduli..

Pukul 1:20 tengah hari..
Salah sebuah restaurant di tampines..
Setelah mendapat tempat duduk, ana dan lisa pun membelek2 buku menu yang di sediakan oleh pelayan.. Setelah itu, masing2 pun memesan hidangan.. Ana dan lisa memesan menu yang sama yakni mi goreng, cuma air saja berbeza.. Ana memesan air teh susu, lisa pula memesan air sirap.. Sementara menantikan hidangan siap, mereka berdua pun berborak.. Lisa memulakan perbualan..

Lisa - "Hmmmm.. Macam mana ana, awak suka tak tempat ni??"

Ana - "Sudah tentu lisa..! Saya suka sangat2..! Awak tahu, hari ini adalah hari yang paling gembira buat saya..!!" Nada suara ana benar2 ceria..! Terserlah kebahagiaan di raut wajah ana..!

Lisa - "Oh ya ke?? Baguslah macam tu, sekurang2nya saya mampu menggembirakan hati awak.. Bukan senang tau, nak buat orang gembira.. Nak buat orang sakit hati, memang senang.."

Ana - "Betul3..! Saya setuju..!"

Lisa - "Errrmm.. Ana, kalau saya tanya sikit, awak jangan marah ya??"

Ana - "Ish..! Tak lah.. Saya tak marah.. Tanyalah.."

Lisa - "Terus terang saya cakap, awak ni cantik, comel, dan baik.. Sudah tentu awak dah ada boyfriend kan??" Sebaik saja ana mendengar perkataan boyfriend atau teman lelaki.. Ana terus berubah wajah..! Wajahnya sugul.. Haiizz.. Ana pula memang pantang mendengar perkataan boyfriend, atau apa2 saja yang berkaitan dengan lelaki..! Boleh meroyan di buatnya..! Huhu.. Serta merta hilang segala senyuman dan keceriaan yang terpancar di wajah seketika tadi..

Lisa - "Ana.. Ana.. Awak ok tak?? Maaflah kalau pertanyaan saya tadi, salah atau apa.. Saya.."

Ana - "Tak apa tak apa, awak tak salah apa2 pun, jadi tak perlulah nak minta maaf dengan saya.. Maaflah.. Saya cuma tak suka dengan perkataan boyfriend.. Sebab bagi saya, tiada lagi lelaki yang baik dalam duni ni, kecuali arwah daddy saya.. Selain daripada arwah daddy saya, memang tak wujud pun lelaki yang baik.. Hati saya sakit sangat2.. Hati saya kosong.. Hati saya dah hancur dengan lelaki..! Hancur..!"

Ana menangis.. Tiba2 lisa rasa bersalah kerana bertanyakan soalan sebegitu pada ana.. Dengan pantas lisa mencapai beg tangannya yang di letakkan di atas meja, dan menghulurkan tisu kepada ana.. Hidangan yang di pesan telah pun siap..! Dua pinggan mi goreng, dan dua gelas air.. Satu teh susu, dan satu lagi sirap..

Lisa - "Ya Allah..! Sekali lagi saya betul2 minta maaf.. Saya betul2 tak tahu.. Saya tak bermaksud pun nak buat awak sedih.."

Ana - "Tak apa lisa, bukan salah awak pun.. Saya ni yang terlalu emosi.. Dahlah.. Tak mahu cakap pasal ni lagi ok?? Kita tukar topik lain.."

Lisa - "Ok2.. Kita tukar topik lain.. Tapi apa pun, apa kata kita makan dulu..! Rezeki dah ada depan mata ni.. He3"

Ana - "Ok.. Jom..! He3" Bersambung..  

Comments

Popular posts from this blog

Ana Lisa Episod 14..

Rancangan Di Balik Tawa Saluran Astro Warna.. Terbaik! 😢😢😢😢😭😭😭😭

Alhamdulilah.. Pertama Kali Saya Berlakon Dalam MTV Parodi Tak Tun Tuang..